Solat Istikharah

' Berdoalah kepada Aku, pasti Aku perkenan untuk kamu. Sesungguhnya, orang ysng sombong diri daripada menyembah-Ku, aka masuk neraka dalam keadaan hina'. ( Surah Al-mukmin, ayat 60)

Maksud istikharah: 

i) Memohon petunjuk daripada Allah swt dalam memilih dan menentukan perkara yang terbaik.
ii) Memohon dilindungi dan dijauhi daripada perkara yang disukai, tetapi mendatangkan keburukan pula.

Nawawi menjelaskan, syarat utama sebelum solat sunat istikharah adalah minda kita tidak mempunyai pilihan peribadi. Sekiranya kita sudah mempunyai keputusan dan kecenderungan hati, kita tidak perlu lagi melakukan solat istikharah. Solat ini perlu didirikan dengan khusyuk dan memilih waktu yang sesuai.

Berikut adalah terjemahan doa-doa istikharah yang lazim digunakan:

i) Ya Allah, aku memohon kepada-Mu pilihan yang terbaik untuk aku daripada ilmu-Mu, dan aku memohon kepada kekuasaan-Mu dalam menyelesaikan urusanku.

ii) Ya Allah, aku memohon kurniaan-Mu kerana Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui perkara ghaib.

iii) Ya Allah, sekiranya urusan ini baik untukku, agamaku, kehidupanku dan juga nasibku di akhirat kelak, takdirkan dan mudahkan urusan ini untuk aku dan berkati aku dalam urusan ini.

iv)Ya Allah, sekiranya urusan ini buruk untuk diriku, agamaku,duniaku dan nasibku di akhirat kelak, jauhkan urusan ini daripada aku. Takdirkanlah kebaikan yang lain untuk aku dan jadikan aku reda menerimanya.

                                        Sumber:Siri Inspirasi Wanita
                                               Istikharah CINTA

Comments

Popular Posts