Amalan Zikir untuk Awek Muda dan Cantik Berseri

Petua ini telah diajar oleh Dato' Dr. Fatma El-Zahra untuk menjadi awet muda, menawan dan berseri. Kita boleh amalkan kesemua cara-cara di bawah atau pun boleh amalkan satu cara sahaja, asalkan kita sentiasa beristiqamah melakukannya.

CARA 1:
* ambil segelas air
* baca surah Al-Fatihah (1x)
* Ayat Al-Qursi (1x)
* Surah Al-Waqiah ayat (35-38) sebanyak 7 kali
* Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga.

CARA 2 :

Zikir di bawah ini di baca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
* Baca Ya Badiyah (1x)
* Baca Ya Nur (1x)
* Baca Ya Hadi (1x)
* Baca Ya Allah (3x)

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari

CARA 3 :

Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut:

* Baca ayat 35,36,37 dan 38 dari Surah Al-Waqiah pada setiap selepas solat subuh.
* Selepas baca ayat-ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut. 

Comments

Popular Posts